Selasa, 27 Mac 2012

LATIHAN PENULISAN KERTAS 2.

Untuk membina ayat tentang aktiviti dalam gambar, kita perlu mengetahui kata kerja yang dilakukan pada petak yang ditandakan. Untuk pemahaman kata kerja lebih lanjut  anda boleh rujuk di sini





Ahad, 25 Mac 2012

Pengukuhan soalan pemahaman.

Soalan ini adalah petikan soalan pemahaman UPSR. Sebagai mengukuhkan penguasaan bahasa, mari uji minda dengan permainan bahasa di bawah. Bagi pelajar SKGS anda cetak permainan bahasa dan hantar pada cikgu paklong. Ada hadiah istimewa menanti anda.



Sabtu, 24 Mac 2012

Uji Minda dengan soalan pemahaman.

Uji minda dengan topik kata tepat. Untuk  mengetahui dengan lebih mendalam tentang kata tepat, anda boleh rujuk di sini



Cemerlang Bahasa

Latihan membina ayat sambil mengasah minda anda.


Untuk mengetahui gambar di atas, anda perlu menyusun petak gambar di bawah. Kemudian bina 5 ayat lengkap. Selamat mencuba...





Khamis, 22 Mac 2012

Susun perkataan - berdasarkan ayat yang diberi

Soalan pemahaman memerlukan minda yang cukup kuat dalam menyelesaikan masalah. Mari kita sama-sama selesaikan soalan pemahaman di bawah.



Setelah berjaya menjawab soalan pemahaman di atas, mari kita bermain permainan bahasa di bawah..



Meneka perkataan dalam ayat

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.


Pemahaman lebih lanjut di sini




Permainan bahasa : kata adjektif

Kata Adjektif , juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lamasungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali

Untuk pemahaman selanjutnya boleh rujuk di sini




Penulisan Berpandu

Bimbingan menulis karangan mengenai tajuk

Feadah Menyertai Kegiatan Ko-kurikulum


Permainan bahasa

rehat dan santai.

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.  Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.




Contoh : 


Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

untuk bacaan selanjutnya baca di sini

sudah baca nota...jom rehatkan minda dengan permainan lompat sikatak lompat.....




Rabu, 21 Mac 2012

Permainan bahasa : kata seru

1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.



2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.



3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Untuk pemahaman lebih lagi boleh rujuk sini






4.       Seterusnya uji keupayaan minda anda dengan permainan bahasa di bawah.









Selasa, 20 Mac 2012

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.



selengkapnya boleh rujuk di sini
Jom main permainan bahasa berkaitan penjodoh bilangan.
Cara bermain.
1. Susun gambar di bawah selengkapnya mengikut nombor.
2. Setelah berjaya menyusun gambar anda perlu menyatakan penjodoh bilangan pada gambar yang diletakkan nombor.

Untuk pelajar SKGS, jawab pada kertas biasa . Pada kertas jawapan  itu, tuliskan jumlah pengunjung blog ini dan  lengkapkan ayat ini tidak lebih dari 20 patah perkataan....

          "Saya suka Bahasa Melayu kerana.................

Hantarkan kertas jawapan tersebut kepada cikgu paklong. Hadiah istimewa menanti anda.

Bahasa Istana.

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja. Bahasa istana masih digunakan hari ini biarpun sistem feudal lama hanya tinggal sejarah.
Untuk mengetahui perkataan bahasa istana anda boleh rujuk sini

 Sekarang mari kita uji minda kita dengan beberapa perkataan bahasa istana...







Sabtu, 17 Mac 2012

Uji Minda Anda

Uji permata minda anda dengan permainan bahasa ini. Permainan ini berkaitan dengan kata bilangan. Untuk mengetahui tentang konsep kata bilangan, anda boleh rujuk sini.
Bagi pelajar cikgu paklong, anda boleh cetak permainan ini dan hantar kepada cikgu. Insyaalah ada hadiah lumayan menanti anda









LATIHAN TATABAHASA : KATA SERU

Latihan pemahaman mengenai kata seru. Pelajar paklong boleh mencuba berdasarkan pemahaman yang telah diajar oleh guru anda. Selamat mencuba.





Untuk mengetahui dan menambah pengetahuan tentang kata seru, anda boleh KLIK SINI


LATIHAN PENULISAN KERTAS 2.

Berikut adalah contoh soalan kertas 2 bahagian B dan C. Pelajar boleh mencuba menyelesaikan latihan berikut. Bagi pelajar cikgu paklong, anda boleh cetak soalan dan jawap pada kertas jawapan. Hantar kepada cikgu dan akan diberikan hadiah istimewa. 





Jumaat, 16 Mac 2012

LATIHAN TATABAHASA : TANDA BACAAN.

Latihan Tatabahasa.

Betulkan kesalahan tanda bacaan yang terdapat pada petikan di atas. Untuk pelajar SKGS anda boleh cetak latihan ini dan perbetulkan kesalahannya. Kemudian hantar kepada cikgu paklong. Ada hadiah istimewa menanti anda. Pelajar lain juga boleh mencuba.

Kuiz Permata Minda : Antonim

Untuk mencabar minda anda, sila selesaikan masalah silang kata berikut. Untuk makluman pelajar, sekiranya anda menjawab dan mencetak kuiz ini, ada hadiah lumayan untuk anda.Selamat mencuba.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...